Tuesday 12 August 2008

Aku dan Kawan2

Oi! Semenjak dua menjak ni aku berhijrah ke tempat kerja baru ni, memang langsung xde masa nak menulis kat blog ni. Kerja terlalu byk. Berbeza dr tmpt lama aku tapi aku still happy dgn suasana baru. Aku cuma nak kupas kenangan aku dgn kawan2 masa zaman bujang dulu. Ermmm... kembali... pada petak pertama! Dari tak kenal slee, an, feek terus jadi sahabat handai yg pernah aku berkawan. Dari angah, awe dan toyol duduk meja lain sampai lepak sekali. Itulah kawan2 aku. Dari jarang syampu rambut sampai la tiap2 hari syampu rambut. Dari Kancil 850 ke Satria 1.3 hinggalah Saga 1.3. Aku masih berkawan dengan mereka. Dari diorg tak suka aku, boikot aku, kutuk aku sampailah aku kutuk diorg balik. Hahahahahaha. Diorg best beb! Sampai sekrg la... ada jugak yg terputus hubungan tapi still lagi kamcing.

Mulanya aku berkawan dgn slee, an, feek... masa tu diorg berpindah ke studio sebagai tempat teduh mereka. Aku ingat lagi aku pggil slee, feek dan an bergelar Abg! Gempak beb! Memang kitorg kaki lepak dari pukul 4 ptg sampai la 6 pagi. Tempatnya bernama Hussein (kedai mamak). Pukul 4 lepak kedai pakdin... pukul 6 lepak tapah pastu dr pukul 7 hinggalah subuh lepak Hussein lak. Zohor ke, Asar ke, Maghrib ke, Isyak dan subuh... semuanya terbabas. Pernah sekali Hussein tutup, kitorg megagau nak cari tmpt lepak. Terpaksalah lepak kat parking area depan Westar, atas jalan tu. Gilalah! Yang aku tau masa tu yg pakai kereta cuma ahciep jer. Kancil 660cc. Yg lain semua motor. Aku lagi la, cuma ada helmet steng dalam beg aku. Itu helmet sape errkkk? Najib pun xde motor, cuma mampu dgn bas hijau dr Selayang.

Pakcik? Dari jauh aku tau motor dia akan muncul. Bunyi pun dah cukup tau. Siap betting tu. Aku pernah cakap dgn slee, lu dtg jer Hussein pukul berape pun... budak2 mesti ada. Tapi kitorg tak pernah makan kat hussein, cuma minum jer. Itu pun kdg2 tak berbayar. Layan betul citer ni. Dari An digelar Gay, sampaila dah ada anak dua. Sekarang sape Gay? An ke? Masa tu zaman harga murah. Minum murah... makan murah... Tu pasal kami semua kat Melawati memang dah jadi rakyat situ. Dari anak tauke Westar kecik sampai la besar panjang. Aku panggil tauke Westar tu MANTAT! Kitorang tak kaya, tak berlagak tapi kitorg senang. Kalau susah sama2 susah, kalau senang semua mesti rasa senang.

Kitorg pergi cherating pun naik van sudin. Evil beb! Gear ada 4 jer, ko bygkan kitorg redah bukit tinggi kat highway karak tu. Setiap Aidilfitri, aku, nizam, sudin, kapi, jeep, pakcik mesti berjalan punya. Tempat favourite kitorg semestinya MUAR! Raya rumah slee, rumah an, rumah usop, rumah shukor... lepak tanjung, makan durian. Oh! sebelum tu mesti jalan2 kat Kuala Pilah, rumah ayip. Tidor kuala pilah 2 hari, tidur muar 3 hari. Masa tu minyak masih lagi RM1.35 seliter. Masa tu gua kerja kat PTS, taip2 tahun mesti ada bonus. Mana tak raya sakan. Shopping dah tentu dgn sudin, nizam, jeep, slee, feek, an. Tapi yg best, kalau jalan mana2 pun, last sekali mesti makan kat melawati. Itulah dia keistimewaan Melawati dan kawan2 aku.

Ingat lagi Taufik menang kuda hampir 800++. Taufik bagi duit raya utk shopping beb! Ermmm... Kalau nak citer pasal kawan2 aku... sudah pasti tak habis. Itulah dia... Jeep, slee, nizam, an, sudin, joe, pejai, abin, feek, usop, ayip, pakcik, pisang, kitek, ateck, shukor, yus, wan beruang, ahciep, awe, angah dan toyol... maaf kalau aku ada tak sebut nama kawan2 aku. Sape yg kenal aku, itulah kawan aku. Sampai la sekrg... aku berkahwin dgn isteri tercinta lin dan dianugerahi anak yg aku sayang Lu'lu' Dhia Damia. Aku masih berkawan dgn mereka... dan mereka lagilah yang masih berjuang dgn aku hingga aku tua. Insya'allah. We are warriors! Long live Rock n Roll.

p/s: Kawan tetap kawan, berkawan biar seribu... cinta hanya satu. Kasih hanya satu. Terima kasih ya, Allah!

Tuesday 24 June 2008

Aku dan Guss Hidink

Oi! Aku bukan nak kutuk... aku bukan nak julang orang asing dan aku bukan takde fikiran. Pernah dengar nama Guss Hiddink kan? Russia pernah dengar? B Sathianathan pernah? Zakuan pernah? Perbandingan antara Russia dengan Malaysia memang jauh berbeza, tapi pemain2 Russia dengan pemain2 Italy, pemain2 England, pemain2 Spain memang jauh berbeza dari segi personaliti diorg. Nak katakan player2 diorg main club2 yang besar takde jugak! Yang aku kenal cuma diorg main dengan Zenith Pittersburgh. Pernah dengar? Ala... Juara UEFA Cup dan pernah kalahkan Bayern Munich 4-0. Best siot diorg main. Jurulatih Russia ialah Guss Hiddink. Pernah angkat Korea ke separuh akhir Piala Dunia 2002. Korea jer beb! Dulu Malaysia pernah kalahkan Korea tapi sekarang... player korea ni pun tak kenal Malaysia. Mcmana beb? Korea dah ke separuh akhir Piala Dunia, kita ke mana?

Aku pernah tanya member2 aku, boleh ke Guss Hiddink bawa Malaysia ke Piala Dunia? Member2 aku terus senyap dan ada yang tak selera makan. Sebenarnya aku bosan nak tulis dalam blog ni pasal Bolasepak Malaysia... tetap main mcm orang tak makan. Aku rasa Mourinho pun boleh jadi bangang. Tak payah Guss Hiddink la, Ian Rush legenda Wales dan Liverpool datang malaysia nak train striker Malaysia pun tak dapat sambutan. Ada yang dok tengah training pun kena panggil dengan coach negeri. Apa benda ni beb? Kalau la zaman Mokhtar, Ghani Minhat dapat mcm ni... aku rasa diorg dah main dengan Everton, itu yang paling busuk la. Betul tak apa aku cakap?

So... sape salah? Coach ke? Player? B Sathianathan pun ada certificate dalam Jurulatih Malaysia dari Brazil lagi. Tapi Malaysia tetap mcm tu! Aku ada tengok pemain Malaysia main dalam liga kita, pemain tu terkenal jugak. Dalam game tu, aku tengok player tu betul2 lengit. Main dalam Malaysia tu, bukan kat luar Malaysia... malam pulak tu! Memang takde fitness. Sponsor utk Bolasepak Malaysia memang dah gempak. Nak apa lagi? Aku rasa elok kita hire Guss Hidink jadi Menteri Sukan Malaysia. Okal beb... gua dah melalut! Tapi yang sahnya Bolasepak Malaysia tetap di bawah tapak kaki aku. Buang logo harimau tu tukar logo Arnab. Lagi cun.

p/s: Logo harimau tu dah takde gigi... tukar la. Maksud aku tukar management... jangan bagi kerajaan pegang sukan! Lu pikirla sendiri!

Wednesday 18 June 2008

Monday 16 June 2008

Aku dan Filem Melayu



















Oi! Filem sana... filem sini! Dari cerita lawak sampai la ke seram. Dari cerita yang takde kualiti hinggalah berkualiti tinggi. Tapi itu bukan isunya. Yang isu sekrg ni, kenpa filem kita masih lagi dicampur aduk dengan tempias2 Indonesia? Dari cerita CINTA lagi, shooting kat Malaysia, pelakon Malaysia, kerenah orang Malaysia tapi kenapa harus gunakan lagu dari Indonesia. Akupun tak tau tajuk dia sebab itu memang lagu dari indonesia. Tak habis2 dijajah, tak habis2 nak memalukan Malaysia. Aduhhh!!!! jalan cerita dah bagus tapi masih lagi gunakan lagu dr seberang sebagai Soundtrack! Apa kejadahnya ni? Baik shoot kat Indon terus, pakai pelakon sana lagi bagus. Kat sini dah takde komposer yang bagus2 ker? Itula... industri kita ni ditakuk lama... gila punya lama. Lagi best cerita P.Ramlee. Alif Mim Nun Wow... alif tendang wow! lagi banyak maksud.

M.Nasir, Roslan Aziz, Ajai (ah! dia ni pun kuncu2 Indon gak!) ramai lagi komposer2 yang ternama tapi kenapa tak gunakan khidmat mereka? Mahal ker? Baru2 ni pun filem Sepi... sama jugak! Nyanyi lagu dari Indonesia! Memangla kita serumpun tapi jangan la sampai nak gunakan diorg lebih2. Diorg pun xde gunakan kita lebih2. Bosan gila beb. Dah macam sial cerita2 dalam Malaysia ni. Baik tengok Shin Chan ker? Finding Nemo ker? Aku bukan Racist tapi tegakkan hak kita. Originality kita! Mana?

p/s: Malaysia! Malaysia! Negara yang jaya!